percaya pada takdir dan ketentuan ALLAH

Setiap manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan serta dosa. dosa besar mahupun dosa kecil. sama seperti aku. hidup di dunia ini hanyalah suatu persinggahan. ALLAH meminjamkan jasad dan roh bagi menghidupkan hambaNYA dimuka bumi ini.. ramai yang sering berkata, dunia ini kejam. hidup ini tidak adil. tapi tidak seorang pun yang tahu mengucap syukur keatasNYA atas setiap pemberianNYA. 

terlalu banyak dosa dan kesilapan yang aku lakukan dimuka bumi ini. kadang aku terfikir, kenapa perlu aku melalui hidup yang memang banyak dugaan serta halangannya..aku mengeluh,aku bersedih,aku tak berdaya untuk melalui setiap ujian yang diberikan olehNYA. kenapa KAU tak ambil saja nyawaku ya ALLAH? perlukah KAU uji aku sedemikian rupa..pahit perit sakit harus aku tempuh selagi aku masih hidup. perjalanan hidupku masih panjang untuk ku tempuhi. saat aku terjatuh,aku menangis, aku meronta..bila aku keseorangan,baru aku tersedar betapa pentingnya bila aku dapat mendekatiMU ya ALLAH..ketenangan demi ketenangan dapat ku rasa bila KAU sentiasa ada disisiku.. 

berilah aku kekuatan,ketenangan serta masa untukku sujud kepadaMU. kalau inilah yang dinamakan takdir dan ketentuan yang kau berikan kepada ku, kau redha. aku bersyukur kepadaMU kerana masih memberi peluang untuk aku membuka mata dan pintu hatiku untuk mendekatiMU ya ALLAH. cerita hidupku takkan terhenti disini selagi aku masih bernyawa.akan ku gunakan masa itu sebaik mungkin. aku ingin kan kehidupan yang diberkati dan diredhai olehMU. kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH,dan yang jahat itu datangnya dari diri aku sendiri.. setiap hari,hati aku terdetik untuk mengingatiMU.. mungkinkah pintu hatiku sudah terbuka untuk kembali ke jalan yang diredhai olehNYA.. ya ALLAH,kau terangilah jalan hambuMU ini..KAU kuatkanlah hatiku ya ALLAH.. 

jika inilah takdir dan inilah ketentuan dariMU... aku redha.. dengan hati yang ikhlas dari hambamu yang hina ini..