Seronok kan bila bercinta...indah sangat..
awal2 bercinta memey lah seronok.
cuba dah bbulan2.. tengok apa jadi..
takpun staon lah paling lama...

awal bulan pertama...
macam2 bnd dirancang..
nak kawin..nk tunang lah..
nk sehidup semati katakan...
dua2 pn setuju...

paling best bila berjanji..
berjanji untuk setia..
dalam fon mmg xde lah nak msg2 laki/pmpuan lain..
setia katakan...
bagus2.. ssuai nk jadi gf/bf smpurna..

tapi bila dah hubungan dah meningkat usia..
mula lah aktif dgn dunia sosial..
sosial bukan sosial apa..
ramah mesra dgn kaum lain.
alasan..
nak berkawan je..

bila dah ramai kawan..
mula flirt..scandal...
dan adanya org ketiga...
masa tu dah x ingat dah janji2 manismu..
semua pahit belaka..

tapi atas dasar sayang cinta..
hubungan diteruskan..
org ketiga ttp ada ok..
simpan tuh..
part best is.
org ketiga boleh terima gf/bf dia ni
ada org lain..
mcm madu lah kira.

biasa nya org ketiga ni lah mnusia paling bodoh.
pendapat aku je lah..
sebab nak rosakkan hubungan org lain..
mmg lah dikatakan takdir korg bertemu..
tapi back to tha basic..
think about KARMA.

mostly skrg org bertunang xde yg kekal.
ni kan yg kawin..
harapan lah..
so nk fkir pasal kawin tu fkir betol2..
sbelum terlambat..
kalau dah btunang tu..
buat cara ada tunang...

bila ada wife or hubby..
buat cara dh berumah tangga..
jgn dok gatal2..
miang2..
haipppp... 

so...
aku pn xde idea lagi.
haha.
apa pn..fikir masak2 sbelum mmbuat sbrg kputusan..
:)

me n you.......friends with LOVE


look at tha pictures. just like you n me. ingat tak lagi kau ajar aku main gitar. walaupun aku selalu mengadu sakit jari. haha. till now. almost 5 years aku jadi kawan kau. tak sedar dah 5 tahun. cepat masa berlalu..
kau tau tak kau lah kawan terbaik aku. kawan yang memahami diri aku luar dan dalam. kau lah tempat aku mengadu. walaupun aku selalu menghilangkan diri. tapi,hubungan kita tak pernah putus. kau banyak bagi nasihat kat aku yang degil ni. yang memang suka ikut kepala aku sendiri.haha. kau tau tak.bila kau hilang sekejap dalam hidup aku. aku rasa kesunyian. hidup rasa tak sempurna bila kau tak ada. kau sedar tak yang kau sangat istimewa dalam hidup aku. dan juga dalam hati aku.. dulu aku buta..buta sebab tak pernah fikir tentang perasaan kau. aku tak hiraukan pun pasal diri kau. bagi aku.kau hanyalah kawan biasa. tapi..sampai satu tahap.. baru aku tersedar betapa bermaknanya diri kau dalam hidup aku. timbul perasaan sayang. tapi yang pasti sayang itu hanya dapat kita luahkan tanpa mengikat satu hubungan yang membolehkan timbul rasa cinta. yeap. menjadi pasangan kekasih. aku tahu kau sayangkan aku. dan kau pun tahu aku sayangkan kau. tapi perasaan sayang kita tu tak boleh nak kita satukan menjadi cinta. pelik bukan?macam kau cakap mungkin ada hikmah. bila hikmah tu akan terungkai?kita sendiri pun tak tau kan. ada satu hari tu..aku nak kau jadi milik aku. tapi kau tolak dengan baik. hati aku meronta2 sakit sebab kecewa. kau tau tak aku sayangkan kau?? tapi kenapa kita tak boleh bersama? selepas 3 tahun kita berkawan, akhirnya kau cakap yang kau juga sayangkan aku.? kau tau tak aku lah orang yang paling happy dalam dunia ni bila dapat dengar buat pertama kalinya kau luahkan perasaan kau kat aku?tapi kenapa kita still tak boleh bersama? hingga ke hari ini.. hanya perasaan sayang kekal dalam hati kita. aku dan kau..saling memerlukan. bila aku hilang, kau hadir dalam hidup aku. bila kau hilang.. satu kekosongan dalam hidup aku..aku takut.. takut kehilangan seorang kawan sperti kau.. aku takut kau akan melupakan aku..aku takut kau dimiliki orang lain..aku cemburu..aku sedih..aku sayang..aku rindukan kau..tapi semua tu tak dapat aku luahkan..sebab.. nilai kasih sayang kita terbatas hanya kerana satu persahabatan..persahabatan yang orang lain tak mungkin miliki .. hanya kau dan aku.. ianya sempurna. dan aku bersyukur dapat dipertemukan dengan seorang kawan yang memahami, menyayangi aku dan menerima aku seadanya.. sampai akhir nyawa pn, kau tetap teristimewa dalam hatiku.. ikhlas dariku..norsyafini 



Cinta kita sudah berakhir... :')


Kenapa kau datang setelah kau pergi..kenapa disentuh hati ini setelah kau puas melukainya..
setelah sekian lama.kau kembali dan memberi aku seribu harapan.. sayangku.. kenapa baru sekarang.
kau mengembalikan cerita cinta kita yang dulu.untuk apa kau mengingatkan kepadaku?supaya aku kembali untukmu buat kali ketiga?puas aku memujuk hati ini supaya melupakan dirimu.. kau tau betapa seksanya jiwa aku untuk melupakan dirimu?aku padamkan cerita tentang dirimu.supaya tidak tertulis sedikit pun didalam diari hidupku. aku akui aku masih menyayangi dirimu sehingga ke hari ini..namamu masih terpahat dalam hati ini..sukar untukku melupakanmu..walau sekali pun.. kau mengajar aku tentang erti cinta. tapi kau tak mengajar aku erti kehidupan sebenar.. sayang... selepas perpisahan yang terjadi antara kita, aku bersyukur teramat sebab aku mula belajar apa itu erti hidup. hidup tanpa dirimu.. tanpa cinta mu.. cinta yang telah lama membutakan mata aku..tapi aku sedikit pun tak pernah menyesali perhubungan kita.. aku bersyukur sebab dipertemukan dengan dirimu.. walaupun kau banyak melukakan hati aku.. tapi aku masih bertahan untuk menjaga hubungan kita..seperti yang kita selalu impikan hubungan hingga ke jinjang pelamin..maafkan aku kerana memutuskan hubungan kita..maafkan aku kerana meninggalkan dirimu..maafkan aku kerana tak pernah memaafkan dirimu..maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu...walaupun tiada rayuan mahupun pujukan darimu, aku redha aku akur yang kau bukan untukku.. tapi kalau kau ditakdirkan untuk diriku.. maafkan aku sayang,, aku tak sanggup untuk memiliki dirimu untuk kali ini..bukan kerana keegoan ku.. tapi hati ini bukan lagi untukmu..dan ianya tertutup buat selama-lamanya..sejarah cinta kita penuh dengan kesakitan,kesedihan,tangisan dan dendam..dan bukannya memori indah untuk kita kenangkan bersama..aku ingin meneruskan hubungan kita tapi sebagai satu hubungan persahabatan..mungkin juga sebagai adik beradik..kerana keluargaku menyayangimu..spertimana keluargamu menyayangi diriku...akhir kata buat dirimu,terima kasih atas segala-galanya :)

Indahnya ciptaan ALLAH S.W.T




‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

untukmu..adam..




Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.


Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa

ku pujuk hati ini menerima dirimu seadanya.. siapa dirimu.. 
sesingkat mana pun hubungan kita..aku bahagia berada disisimu..
bangun tidurku..teringatkan dirimu.. 
tidurku..termimpikan dirimu...
hari-hariku berseri dengan kehadiranmu...
kau memberi aku sinar baru untuk meneruskan hidup..

terima kasih cinta... MZ..